fbpx

APA ITU

MENTORING PROGRAM BERSAMA PAKARHR

Mentorship Bersama PakarHR adalah langkah pertama anda sebagai seorang pemilik bisnes untuk menguruskan syarikat. Anda akan dibimbing oleh konsultan PakarHR untuk menerokai apa itu strategi pengurusan sumber manusia yang tepat, dan bagaimana sumber manusia boleh tingkatkan sales anda beratus kali ganda daripada tahap anda sekarang. Program ini diwujudkan khas untuk anda yang betul-betul berani bertindak dan bersedia untuk menjadi BOSS yang .

PROGRAM MENTORING ALPHA

Program Mentoring ALPHA merupakan satu program bimbingan bisnes owner untuk capai hasil jualan syarikat 10x ganda daripada jualan sekarang

PROGRAM MENTORING EPSILON

Program Mentoring EPSILON merupakan satu program bimbingan bisnes owner untuk membantu bina team berkualiti & sistem dalam syarikat untuk capai sales berkali ganda

PROGRAM MENTORING OMEGA

Program Mentoring OMEGA merupakan satu program bimbingan bisnes owner untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga satu juta ringgit sebulan.

Success Stories

Play Video

INDUSTRI: produk Makanan

“Terus hilang sakit kepala nak hadap masalah staf bila PakarHR naikkan confident level as leader dalam syarikat!”

Bila dah mula grow, team makin bertambah, masalah pun mula datang satu per satu. Staf buli Bos, demand gaji dan macam -macam lagi. Masalah ni datang bila mereka tak tahu macam mana nak urus manusia dalam syarikat. 

Isu utama mereka adalah bila tiada ilmu leadership nak urus team. Nak tegur pun takut-takut. Bila tiada ilmu leadership, semuanya jadi huru-hara, ramai staf berhenti serentak.

Ini antara isu yang dihadapi Tuan Syazwan dan Puan Afifah. Lepas upgrade ilmu dengan PakarHR, mereka terus confident nak berdepan dengan team, terutamanya team yang bawa virus negatif ke dalam syarikat.  Sebab itu, pentingnya untuk seorang Owner upgrade skill leadership dalam diri supaya tak mudah kena pijak dengan staf sendiri.

Tuan Syazwan Mustaffa & Puan Afifah

Gigit rangup cookies sdn bhd

Play Video

INDUSTRI: produk Makanan

“Pernah rasa sakit staf yang dipercayai notis 24 jam. Kini makin yakin nak ambil staf yang berkualiti!”

Sebagai Bisnes Owner, isu staf keluar masuk tu mungkin satu isu yang tak asing lagi. Tapi lagi sakit kalau staf yang kita percaya selama ni notis 24 jam.

Inilah apa yang dialami Puan Farazila Salleh, Owner kepada Salleh Food Industry Sdn Bhd, iaitu syarikat bumiputera Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang hasilkan produk-produk asas tani.

Beliau tak sangka staf yang beliau anggap orang kanan beliau notis 24 jam. Masa tu beliau buntu tak tahu apa nak buat.

Tapi dengan adanya PakarHR di saat genting macam tu, beliau dah tak takut nak menghadapi apa yang terjadi. Beliau redha dan rasakan staf keluar masuk adalah salah satu daripada bisnes.

Lepas upgrade ilmu dengan PakarHR, beliau dah tahu cara nak staf yang bagus dan lebih baik. Beliau pun berjaya dapat HR sendiri.

Puan Farazila Salleh

Salleh Food Industries Sdn Bhd

Play Video

INDUSTRI: Produk

“Selama ni hire staf langgar tembok je, sampai asyik dapat staf keluar masuk je. Lepas belajar dengan PakarHR, ini apa yang jadi..”

Dah selalu hadap isu staf keluar masuk dan isu team tak hormat. Tak hire staf dengan cara yang betul.

Inilah feedback salah seorang student Mentoring kami, Puan Ros Alik dari Cinta Alami Sdn Bhd. Syarikat yang jual produk-produk makanan natural dan organik.

Lepas join program PakarHR, beliau dah mula ubah skop kerja sebab sebelum ni sorang staf buat banyak sangat kerja. Beliau cuba ubah setiap staf tu fokus kepada satu kerja sahaja. Setiap orang dah makin jelas dengan skop kerja masing-masing.

Beliau pun dah tahu strategi macam mana nak hiring secara berperingkat. Takdelah nak ambil staf tu melulu je. Rasa ok sikit terus ambil. Inilah kesilapan beliau sebelum belajar dengan PakarHR.

Beliau rasakan program PakarHR ni sangat berbaloi sebab tahu cara hiring yang betul dan dapatkan staf yang betul-betul boleh align dengan syarikat.

 

Puan Ros Alik

cinta alami marketing Sdn Bhd

Play Video

INDUSTRI: Service/produk

“Hampir 80% masalah pasal disiplin staf ni selesai lepas dapat guide daripada PakarHR!”

Dulu semua benda nak Google kalau bab uruskan staf atau yang berkenaan dengan documentation. Disebabkan tak tahu apa-apa pasal HR, banyak kali kena tembak dengan staf.

Inilah isu yang dihadapi Puan Farhana Seth, seorang staf HR kepada syarikat Mutiara Jati Sdn Bhd., syarikat yang menjalankan perkhidmatan jual perabot jati.

Isu utama beliau sebenarnya adalah isu berkenaan disiplin staf. Seterusnya adalah berkenaan documentation. Disebabkan HR bukan bidang beliau, semua benda Google je.

Tapi beliau dapat rasakan perkara yang dibuat tak betul. Sebelum ni, cuma Google dan beli je dokumen. Tapi tak tahu cara nak guna.

Lepas join program PakarHR, barulah beliau tahu cara yang betul nak gunakan dokumen, bukan sekadar bagi je.

Perubahan ketara lagi satu adalah team syarikat beliau berkembang dari 29 orang jadi 46 orang sekarang dan lebih banyak department diwujudkan.

Yang paling best sekali bila beliau dapat selesaikan masalah disiplin staf hampir 60% hingga 80% tanpa perlu risau tindakan yang dibuat tu betul atau salah.

Puan Farhana Seth

mutiara jati Sdn Bhd