fbpx

PAKARHR: LANGKAH MAJIKAN MENYELESAIKAN MASALAH PEKERJA

“Dia ni saja buat masalah ke memang betul-betul bermasalah, apa nak kena buat?”Ada staf ni suka sangat cari pasal dengan bos. Kadang-kadang macam saja nak buat hal. Tak sah kalau dalam sehari tu tak buat bos bengang. Asal muka dia je, warning letter. Asal warning letter je muka dia.

Tapi, Bos kena faham juga. Tak semua staf suka buat hal. Manalah tahu masa tu memang dia tengah depression ke, masalah kewangan ke…Memang tak pernah surut kalau bab nak handle staf ni. Macam-macam isu timbul. Rasa macam dah buat semua benda untuk handle staf ni, tapi tak ada satu pun yang menjadi.Sebab itu PakarHR nak bongkarkan tips mahal macam mana bos nak selesaikan masalah ni.

Apa STEP-BY-STEP Bos patut buat:

1. Majikan panggil pekerja bertemu dan berbincang secara berdepan untuk selesaikan kekeliruan

2. Majikan beri peluang kepada pekerja membela diri

3. Majikan nilai situasi yang bermasalah dengan kaca mata bersolusi

4. Majikan beri pedoman yang boleh mengharmonikan suasana

Kalau bos dapat ikut step-by-step ni, tak adalah lagi isu dengan staf, dan confirm bisnes bos pun makin sustain sebab staf semua perform. Apa-apa pun berbalik kepada cara bos bertindak.

RELATED POST