fbpx

Majikan Boleh Mohon Pelan Rekalibrasi Pati Mulai Isnin

Majikan yang berminat boleh memohon Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara dalam talian, mulai Isnin ini dan ianya boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dalam laman sesawang: www.eppax.gov.my.

Walau bagaimanapun, majikan perlu memastikan mereka memenuhi syarat dan kriteria kelayakan ditetapkan. Majikan yang berminat perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen Malaysia mengenai PATI hendak digajikan sebelum membuat permohonan perakuan rekalibrasi kepada JTKSM.

Program ini adalah bertujuan meregularisasikan PATI yang ada di dalam negara sebagai pekerja asing yang sah.

Sertai Kelas Online Handle Staf secara PERCUMA dengan klik link dibawah–>>https://www.facebook.com/groups/KelasOnlineHandleStaf

Sumber : Berita Harian

#PakarHR

#HRJantungBisnes

RELATED POST