fbpx

7 Perkara Yang Menjadikan Seseorang Boss Itu Hebat

Menjadi seorang Boss atau majikan bukanlah satu perkara mudah sebenarnya. Apabila anda bekerja dalam bahagian pengurusan ia mungkin sukar untuk menilai apa perkara terbaik yang anda perlu buat. Anda mungkin akan mencuba untuk mempertimbangkan antara rasa hendak dihormati oleh pekerja-pekerja ataupun rasa ingin mudah didekati atau orang kata ‘sporting’.

Ini 7 perkara yang menjadikan seseorang Boss itu hebat:

1. Mereka berkorban untuk pekerja

Sesetengah bos, tanpa berfikiran panjang, akan membiarkan para pekerjanya mengharungi bahaya bersendirian manakala bos yang hebat pula menghalang bahaya daripada menghampiri pekerja-pekerjanya.

Mereka melatih, dan mereka mengalih halangan yang mendatang, walaupun halangan itu wujud hasil perlakuan pekerjanya sendiri.

Kadang-kadang, bos-bos ini menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh para pekerja yang tidak sedar bahawa mereka yang memulakan masalah itu pada mulanya. Dan jika mereka tidak mampu menghalang bahaya itu, mereka sendiri yang akan menggalas tanggungjawab tersebut.

2. Mereka bermain catur, bukan dam

Fikirkan tentang perbezaannya. Dalam permainan dam, kesemua kepingannya adalah sama. Itu adalah model kepimpinan yang lemah kerana tiada siapa ingin menjadi sekadar watak picisan.

Dalam catur pula, setiap kepingan mempunyai peranan, kebolehan dan batas-batas tersendiri yang unik.

Bos-bos yang sukar dilupakan sama seperti jaguh-jaguh catur. Mereka mengenali perkara yang unik tentang setiap ahli pasukan. Bos-bos tahu tentang kekuatan setiap ahli, kelemahan mereka serta perkara yang disukai dan dibenci. Segala maklumat ini digunakan untuk memastikan pekerja-pekerja mereka melakukan yang terbaik.

3. Mereka adalah diri mereka, pada setiap masa

Mereka tidak berbohong untuk menutup kesalahan mereka, dan mereka tidak membuat janji palsu. Para pekerja mereka tidak perlu bersusah-payah memikirkan motif bos mereka atau meramal langkahnya yang seterusnya.

Yang lebih penting, mereka tidak menyembunyikan apa-apa perkara yang mereka boleh uar-uarkan. Mereka tidak menyimpan maklumat dan berahsia untuk meningkatkan kuasa sedia ada, tetapi mereka dengan murah hati berkongsi maklumat dan ilmu.

4. Kerja mereka sememangnya usaha berkumpulan

Dan para pekerja mereka rasa mereka telah berjaya apabila matlamat kumpulan dicapai. Memandangkan bos-bos ini tidak percaya yang mereka lebih hebat daripada orang lain, mereka tanpa segan-silu akan mengakui kesilapan mereka supaya semua orang dapat belajar daripadanya. Sifat mereka yang rendah hati serta kekuatan mereka menjadi ikutan orang lain.

5. Mereka hanyalah manusia biasa, dan mereka berani untuk mengakuinya

Mereka baik budi pekerti dan senang didekati. Mereka peramah. Mereka sedar yang kita semua ada emosi tersendiri, dan mereka tidak takut untuk menunjukkan emosi mereka sendiri. Mereka memahami pekerja mereka, pertama sebagai orang biasa, dan hanya selepas itu sebagai bos. Sebaliknya, mereka tahu mengawal perasaan apabila situasi berubah.

Nak tahu lebih lanjut tentang cara nak handle staf? Klik link http://bit.ly/NakSertaiKelasOnlineHandleStaf untuk sertai Kelas Online Handle Staf secara PERCUMA sekarang

RELATED POST