fbpx

Ciri-Ciri BOSS Yang Awesome

Menjadi seorang majikan atau BOSS bukanlah satu perkara yang mudah. Sesetengah majikan beranggapan bila hubungan dengan pekerja bertambah rapat dan baik, mereka akan lebih disenangi dan memudahkan urusan dalam pekerjaan

Tapi, sejauh mana sikap sebagai majikan atau BOSS perlu ambil kisah tentang perihak pekerja-pekerjanya. Ini 10 ciri-ciri boss yang sangat awesome yang patut ada pada diri seorang BOSS atau majikan:

1. Tidak berat sebelah.

Sikap berat sebelah ini tidak boleh dipraktikkan di tempat kerja kerana boss haruslah bersikap adil dengan memberikan perhatian dan kerjasama kepada semua pekerja yang bertungkus-lumus membantu menaikkan nama syarikat.

2. Melayan pekerja dengan baik.

Boss yang awesome adalah mereka yang bertimbang rasa dengan bebanan kerja yang diberikan kepada para pekerjanya. Biarpun mungkin banyak kerja yang perlu disiapkan berilah sedikit masa dan ruang untuk mereka melaksanakan tugasan dengan baik.

3. Sanggup belajar perkara baru.

Boss juga mempunyai kelemahan diri, jadi tak salah merendahkan ego dengan bertanya dan belajar daripada pekerja yang lebih mahir. Merendahkan ego bukanlah menjatuhkan air muka sebagai boss tetapi memberi ruang kepada kepada pekerja untuk mengenal diri sendiri dengan lebih baik.

4. Menjadi ‘a part of the team’

Sesetengah boss merasakan diri mereka adalah penyumbang terbesar dalam kejayaan syarikat tanpa memandang pekerja-pekerja bawahan yang banyak bersusah payah membantu syarikat ke tahap yang cemerlang.

Tapi sebagai boss cuba kita bayangkan kejayaan kita tanpa pekerja bawahan? Adakah kita mampu berjaya sehingga ke tahap yang diimpikan? Jadi, kita harus merasakan kita adalah ‘a part of team’ yang bersusah payah menaikkan nama syarikat.

5. Memberi sokongan yang membina.

Boss sepatutnya menjadi ‘role model’ dalam sesebuah syarikat. Boss harus membina kepercayaan kepada para pekerja supaya mereka boleh bekerja dengan lebih yakin dan bersemangat. Seorang boss yang ‘extraordinary’ akan sentiasa membuatkan pekerja berasa senang dan gembira ketika bekerja dengan suasana dan aura yang positif yang ada di tempat kerja. Pekerja perlu dihargai dan tidak dipandang sebelah mata.

6. Mengurangkan beban dan tekanan.

Boss seharusnya tahu bagaimana cara untuk membuat seseorang pekerja itu tenang apabila sedang stres atau tertekan dengan bebanan kerja yang perlu di laksanakan. Boss yang terbaik sememangnya akan cuba sedaya upaya untukn bertimbang rasa tetapi masih tegas dalam pendirian dan keputusan yang dibuat.

7. Mampu mengawal jangkaan.

Tak semua yang boss harapkan daripada pekerja akan 100% berjaya dengan cemerlang. Sebagai seorang boss yang bertanggungjawab, kita takkan mudah menyalahkan pekerja dan akan cuba buat refleksi terhadap diri sendiri dahulu.

8. Memikirkan penyelesaian.

Sebagai boss yang berkarisma seharusnya mencari tahu apa jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh syarikat dan bukan hanya menunding jari kepada para pekerja atas masalah yang berlaku.

9. Mempunyai personaliti yang kelakar.

Jadi boss yang sangat tegas dan tak pernah bermanis muka bukanlah apa yang pekerja harapkan. Mereka akan mula ketakutan dan menjauhkan diri daripada boss yang seperti ini. Kalau ingin jadi boss yang digemari, kita seharusnya membuat jenaka dengan para pekerja sendiri.

Biarpun hambar buat kali yang pertama tapi pekerja akan faham yang kita sedang mencuba membina hubungan yang rapat dengan mereka.

10. Pendengar yang baik.

Ini merupakan alasan mengapa orang yang introvert adalah seorang boss yang baik. Boss ini adalah orang yang mampu mendengar dengan baik atas apa segala yang diperkatakan oleh orang lain termasuk pekerja di bawahnya. Menjadi seorang yang pandai mendengar bukanlah bermakna menjadi seorang pak sanggup yang hanya menuruti kata-kata orang lain.

Boss yang bijak akan mampu menilai kata-kata orang di sekelilingnya dan pandai mengambil apa yang bermanfaat dan meninggalkan apa yang tidak perlu dan boss yang mantap dari segi ‘leadership’ bukanlah mereka yang hanya mahu kata-kata mereka didengar dan dituruti tetapi masih dengan rendah diri mendengar pendapat dan kata-kata daripada orang lain.

RELATED POST