fbpx

Bagaimana Cara Kita Menghormati Bendera Malaysia Kita?

Dalam kita meraikan sambutan hari kemerdekaan yang ke-63 pada 31 Ogos 2020, ada beberapa perkara yang perlu kita tahu ‘batasan’ dalam penggunaan bendera Jalur Gemilang.

Ini sangat-sangat penting kerana sebagai rakyat Malaysia kita perlu hormati bendera Jalur Gemilang kita kerana ia melambangkan kebanggaan negara. Pastikan bendera Jalur Gemilang kita dipasang atau dikibar dengan betul dan bukan sembarangan.

1. Jika bendera hendak dipasang pada tiang besar seperti pada bangunan pejabat atau sekolah, ia hendaklah dinaikkan menggunakan tali pada pagi hari dan diturunkan pada petang hari. Lazimnya di Malaysia bendera dinaikkan pada jam 7 pagi dan diturunkan sebelum jam 7 mlm.

2.Sewaktu dinaik dan diturunkan, bendera tidak boleh dibiarkan meleret ke tanah. Ia hendaklah samada ditatang atau diselipangkan di bahu.

3.Orang yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. Tidak boleh pakai pakaian yang mencolok mata, atau pakai kain sarung yang disenteng ke paras lutut, tidak berbaju, tidak berkasut dan sebagainya. Jangan hisap rokok atau vape semasa menaikkan bendera.

4.Bendera hendaklah dinaikkan perlahan-lahan. Diturunkan pun perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa.

5.Orang yang berada di sekitar tiang tersebut hendaklah berdiri sewaktu bendera dinaikkan.

6.Jika ada kematian pembesar dan bendera hendak dikibarkan separuh tiang, maka ia hendaklah dinaikkan hingga ke puncak dulu, kemudian diturunkan perlahan-lahan ke separuh tiang, tanda berkabung.

7.Bendera tidak boleh dikibarkan dalam gelap. Jika mahu dikibarkan pada malam hari, maka bendera perlu disuluh dengan ‘spot light’.

8.Bendera tidak sesekali boleh dibiarkan mencecah tanah. Ini tanda tidak hormat kepada negara.

9.Bendera tidak boleh dibuat kain kelubung untuk menutup kepala pada hari panas.

10.Bendera tidak sama sekali boleh dibuat lapik duduk. Oleh itu paling tidak sesuai jika bendera dijadikan seluar.

RELATED POST