fbpx

MAKNA DISEBALIK LOGO “MALAYSIA PRIHATIN”

Gabungan perkataan ‘Malaysia’ dan ‘Prihatin’ menggambarkan seluruh rakyat di negara ini bekerjasama memerangi wabak Covid-19 serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.


Begitu juga dengan logo “Malaysia Prihatin”. Penghasilan logo ini pastinya rumit dan mempunyai ciri-ciri dan maksud yang tersendiri. PakarHR ingin berkongsi dengan anda mesej tersembunyi dan maksud ciri-ciri yang ada pada logo “Malaysia Prihatin”.

1. Warna Biru Tua

Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman harmoni.


2. Bulan Sabit

Islam adalah agama bagi persekutuan.


3. Bintang Pecah 14

Perpaduan 13 buah negeri dan kerjaan Persekutuan.


4. 7 Jalur Merah Putih Berbentuk Hati

Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keihklasan dan kesungguhan.


5. Logo Berbentuk Hati

Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.


6. Stigma Bunga Raya

Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.


7. 5 Titik Merah

Simbolik kepada 5 kelopok bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

RELATED POST