fbpx

|Ujian besar buat Usahawan Kecil & Sederhana|

Arahan dari Perdana Menteri, Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18-31 Mac 2020, sangat menduga.

Dari aspek kos, susun atur kerja team & pemantauan hasil kerja. Tindakan & keputusan perlu dibuat segera.

Lebih menduga, pekerja dibayar gaji penuh sepanjang tempoh tersebut selagi tiada Pekeliling baru dari Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Pandemik Virus Covid-19 menyebabkan semua premis ditutup kecuali ‘Essential Services’.

Saya kongsikan 5 tips kepada #bisnesowner untuk hadapi situasi ini:

1. Susun Strategi Segera (3S)
.
Segera review & susun strategi baru untuk tangani isu ini. Terutamanya, 5 elemen penting ini iaitu:
.
(a) Target Jualan
(b) Perancangan Pemasaran
(c) Pengeluaran Produk
(d) Operasi
(e) Aliran Tunai

Buat keputusan segera berdasarkan situasi ini.
.
.
2. Buat Townhall & Perbincangan dengan Staf
.
Situasi semasa syarikat terutamanya ‘kewangan’ hendaklah diperjelaskan kepada pekerja.

Perbincangan hendaklah dibuat sebaiknya agar semua pekerja jelas & boleh berikan pandangan.
.
.
3. Bekerja dari Rumah ‘Work from Home’
.
Agihkan tugasan yang sesuai untuk dibuat di rumah. Pastikan ada ‘dateline’ untuk setiap tugasan.
.
Pantau hasil kerja secara berkala sebelum ‘dateline’ sampai. Pastikan berkomunikasi dengan team sentiasa.
.
.
4. Medium komunikasi yang Jelas
.
Sediakan satu medium komunikasi yang mudah. Beri target masa untuk semua pekerja beri jawapan supaya tiada yang lalai.

Tentu berbeza situasi bekerja sama-sama dalam ofis & bekerja dari rumah. Jadi tetapkan syarat yang jelas semasa tempoh ini.
.
.
5. Ikuti Perkembangan Terkini Pihak Kerajaan
.
Pelbagai pandangan & info yang kurang tepat menjadikan masyarakat panik.

Sentiasa update dengan info yang tepat kepada pekerja agar semua lebih tenang.

Harap dapat bantu sahabat bisnes owner ye. Sama-sama kita hadapi situasi kritikal ini dengan tenang.

Moga pandemik #covid19 segera berakhir & kita semua dilindungi Allah dari virus ini. Amin.

Teruskan dapat update dari Pakar HR ya. Kami akan update walaupun ‘Work from Home’ 😉

#pakarhr
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
#PerintahKawalanPergerakan

RELATED POST