fbpx

[Nasib 6.9 juta Pekerja Swasta dibantu PERKESO]

Kementerian Sumber Manusia bersedia melindungi 6.9 juta pekerja swasta menerusi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) jika berlaku kehilangan pekerjaan termasuk program penempatan pekerjaan dan latihan.
.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, pekerja yang kehilangan pekerjaan dan berdaftar serta mencarum di bawah SIP yang dilaksanakan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) layak menerima faedah SIP.
.

Selain itu, PERKESO akan melaksanakan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum enam bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan.

.

Tuntutan di bawah Faedah SIP ataupun bantuan ERP boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perkeso yang terdekat di seluruh negara ataupun melalui permohonan dalam talian di laman web Perkeso (www.perkeso.gov.my).
.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
.

Sumber Artikel : Sinar Harian

RELATED POST