fbpx

[Covid-19: MTUC Gesa Tubuh Jawatankuasa Tindakan Kecemasan]

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa agar segera menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kecemasan (EAC) untuk menangani pandemik koronavirus (Covid-19) yang katanya memberi kesan ke atas kesihatan dan kehidupan pekerja.
.

Setiausaha Agung MTUC J. Solomon berkata,selain sektor penerbangan dan pelancongan, pandemik Covid-19 juga melumpuhkan perdagangan antarabangsa dan turut menggegarkan pasaran Malaysia, dengan harga saham dan hasil pulangan bon turut jatuh.
.

Sementara itu, MTUC turut mencadangkan empat garis panduan untuk dimasukkan dalam pakej rangsangan baharu untuk memastikan kebajikan dan kehidupan pekerja tidak teruk terjejas kesan Covid-19.
.

Antara 4 cadangan garis panduan ialah menangguhkan pinjaman perumahan, pendidikan dan ansuran kenderaan tanpa mengenakan apa-apa penalti bagi kumpulan B40 dan M40 sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan.
.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes

Sumber Artikel : Sinar Harian

RELATED POST