fbpx

[Isi borang kekal caruman 11 peratus KWSP]

PEKERJA yang mahu kekalkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 11 peratus seperti sebelum ini tetap perlu mengisi borang yang disediakan.
.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, pihaknya memahami kebimbangan ahli berkenaan simpanan persaraan mereka dan akan terus berusaha mengkaji cara untuk menyelesaikan isu ini.
.

“Memandangkan tempoh pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja yang singkat, kami berharap pilihan untuk meningkatkan kadar caruman ini, dapat mengurangkan kerisauan ahli.
.

KWSP telah menyediakan Borang KWSP 17A (Khas 2020) bagi membolehkan ahli memilih untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja kepada 11 peratus dan ia boleh dimuat turun dari laman sesawang KWSP.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes

Sumber Artikel : Harian Metro

RELATED POST