fbpx

[COVID-19: Kakitangan Malindo Air diminta cuti tanpa gaji, potongan gaji 50 peratus]

Malindo Air mengarahkan kakitangannya untuk mengambil cuti dua minggu tanpa gaji dan potongan gaji 50 peratus susulan epidemik COVID-19 yang menjejaskan permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan serta industri lebih luas, menurut satu memo dilihat Reuters.
.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, berkata Malindo Air telah melaksanakan beberapa langkah untuk menghadapi kekurangan pendapatan.
.

Sebagai sebahagian daripada potongan gaji itu, kakitangan diminta mengurangkan bilangan hari bekerja mereka hingga 15 hari sebulan.Setakat ini, Malindo Air belum memberikan maklum balas kepada permintaan untuk mendapatkan komen berhubung perkara itu.
.

Bisnes Owner kena siap sedia jika gejala ini berlarutan kerana ia boleh menjejaskan pendapatan syarikat. Selain itu keselamatan pekerja perlu dititik beratkan berikutan gejala ini yang boleh menyebabkan operasi syarikat terganggu.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes

Sumber Artikel: Berita Harian

RELATED POST