fbpx

[Caruman KWSP tujuh peratus mulai April hingga Disember 2020]

Pengurangan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 11 peratus kepada tujuh peratus di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 berkuatkuasa mulai upah pekerja April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja Disember 2020 (caruman Januari 2021).
.

Perkara itu tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 dan kadar caruman berkanun syer pekerja baharu itu adalah terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum.
.

Ahli boleh membuat pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020) yang perlu dikemukakan kepada KWSP melalui majikan masing-masing dan berkuatkuasa mulai bulan berikutnya.
.

Majikan sudah boleh melakukan pengurangan kadar caruman KWSP sebanyak 7% mulai upah pekerja April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja Disember 2020 (caruman Januari 2021).
.

Jadi BOSS perlu mengikut kadar baru yang telah ditetapkan oleh KWSP. Jangan lupa untuk carum ya boss.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes

Sumber Artikel : Sinar Harian

RELATED POST