fbpx

3 CIRI BOSS YANG AKAN MENJADIKAN ORGANISASI TERSUSUN, TERATUR & DALAM KAWALAN

1.Boss yang bijak buat keputusan

-Boss yang bagus sentiasa bersedia dengan pelbagai situasi dan mampu buat keputusan tepat mengikut kehendak situasi ketika itu. Boss yang gagal membuat keputusan akan menyebabkan situasi atau masalah lebih besar. Ini secara tak langsung akan beri kesan bukan sekadar diri sendiri, tapi pada keseluruhan department, seluruh organisasi. Lebih malang, kalau masalah ini melibatkan kos syarikat.
.
.
2.Boss yang pandai baca situasi

-Boss yang bagus dia tahu perkara apa yang perlu dia lakukan mengikut situasi. Biasanya Boss akan mengikuti Standard Operation Procedure ataupun SOP. Boss yang mahir dengan SOP akan tahu perjalanan kerja untuk setiap tugasan, kerja ataupun perkara yang penting. Sebab itu, sangat penting untuk Boss tahu apa JOBSCOPE kerjanya dengan jelas.
.
.
3.Boss yang jaga kebajikan.

-Sebagai seorang Boss, paling penting untuk anda ambil berat tentang kebajikan staf yang ada di bawah penjagaan anda. Sebab sebagai manusia, kita tak lari dari masalah. Begitu juga dengan staf bawah anda.

.

#SalwaAzlan
#PembangunanStaf
#PakarHR
#NakHandleStaf
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes

RELATED POST