Teruja Puan Rina Shahar bila kami bagitau yang kami nak datang untuk present report dari program yang yang kami dah buat dengan team mereka baru-baru ini.
.
Dalam program yang mana kami bantu Gaia Plas bina struktur organisasi syarikat tersebut, ada beberapa elemen lain yang kami masukkan untuk beri lebih manfaat kepada klien.
.
Sebagai contoh kami buat beberapa jenis personaliti test, tujuan nya untuk kita kenal potensi setiap team yang kita ada.
.
Bila kita dah kenal dan faham personaliti setiap team member ni, baru lah kita boleh develop plan yang sesuai untuk jadikan mereka ni leader.
.
Antara cabaran dalam bisnes SME ni adalah founder/owner susah nak create leader-leader baru, yang bukan setakat pandai buat sale sahaja.
.
Lebih penting future leader ni kena ada skil yang boleh bantu develop bisnes, kena pandai plan, pandai susun strategi dan boleh agihkan tugas kepada orang bawah dia.
.
Sebab tu hari ni seharian kami di sini untuk identify profil setiap team members mereka untuk tahu potensi dan macamana nak develop mereka.
.
Barulah mudah company boleh terbang tinggi. InsyaAllah.