fbpx

CUTI UMUM SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVI

Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin ini adalah antara lima cuti umum yang wajib diberi kepada pekerja.
Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan hari ini menyebut perkara itu ditetapkan mengikut Seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 dan tidak boleh digantikan kepada tarikh lain.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya majikan dan pekerja sektor swasta berkaitan cuti am sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lalu dan hari keputeraan baginda pada 9 September 2019.
.
Bisnes Owner jangan lagi keliru sebab kenyataan di atas telah pun menerangkan yang cuti pada 9 September 2019 ini adalah cuti umum dan wajib bisnes owner beri pada pekerja. Sekiranya tiada penggantian dibuat, pekerja yang bekerja pada tarikh itu hendaklah dibayar kadar gaji cuti umum.
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
#DirgahayuTuanku

RELATED POST