fbpx

Perlu ke Temuduga Pelajar Praktikal?

Al kisah pelajar mohon praktikal. Team kami jumpa posting ni lepas diberitahu kena temuduga dulu baru diterima bekerja. Aduhai dik..

Ye, memang wajib buat temuduga untuk pelajar yang nak jalani praktikal di syarikat kita.

Usah pandang enteng ye boss, sebab semua tentang hal syarikat dapat diketahui oleh mereka.

Pakar HR banyak terima aduan dari bisnes owner kisah pelajar praktikal ni. Beringat sebelum kena ye boss.

Ni saya share panduan untuk bisnes owner, boss & pekerja HR ye.

Ada 3 tujuan kenapa perlu TEMUDUGA untuk pelajar praktikal sebelum diterima:

1. Tugasan & Kursus Bersesuaian

Nak pastikan kursus yang diambil sesuai dengan skop tugasan yang nak diberikan. Ingat ye #boss #bisnesowner, kita tak boleh ambil pelajar praktikal untuk jadi pembantu fotostat, kemaskini fail & sebagainya.

Tapi, untuk bantu mereka fahami dunia kerjaya yang sebenar. Jadi, berikan tugasan sebenar contohnya ‘eksekutif’ bukan hanya sekadar pembantu.

2. Minat & Kebolehan Bersesuaian

Nak pastikan minat & kebolehan tambahan pelajar tersebut. Ini sangat penting bagi syarikat yang nak ada perancangan untuk serap (absorb) pelajar praktikal menjadi pekerja sekiranya menepati keperluan syarikat.

3. Kesesuaian dengan ‘Nature of Business’

Setiap bisnes ada suasana kerja yang berbeza. Ada yang banyak kerja outstation, banyak kerja di hujung minggu, tak dapat cuti masa cuti umum & banyak lagi.

Oleh itu, semua ini perlu diterangkan & difahami oleh pelajar praktikal tersebut sebelum mulakan laltihan.

Semoga membantu bisnes owner, boss & HR ye ?

Nota buat adik-adik praktikal;
Adik-adik sepatutnya berbesar hati bila dipanggil temuduga untuk praktikal kerana itu menunjukkan kesungguhan syarikat tersebut & takkan wujud unsur ‘aniaya’ dari aspek tugasan.

Tujuan latihan praktikal untuk belajar & masa untuk kenali dunia kerjaya sebenar. Gunakan masa ini untuk kenali ‘passion’ anda supaya anda pilih kerjaya yang sesuai dengan minat anda usai tempoh praktikal ?

#salwaazlan
#pakarhr
#hrkonsultan
#praktikal

RELATED POST