fbpx

3 Kerugian Bisnes Owner Bila Ter’Hire’ Staf Yang Salah

| 3 KERUGIAN BISNES OWNER BILA TER’HIRE’ STAF YANG SALAH |

1. Buang Masa
.
Bila kita hire staf yang salah, benda paling mahal yang kita ada iaitu masa akan dibazirkan sebab kita bawak masuk orang yang salah. Katalah setiap proses yang kita buat tu dari iklan jawatan, review resume, set untuk temuduga, panggil temuduga, buat offer letter, sampailah kepada buat program orientasi, mesti akan memakan masa yang panjang. Bila kita salah pilih, masa yang berharga tu akan kita bazirkan macam tu aje.

2. Buang Duit
.
Kajian di Barat menunjukkan kos membawa masuk seorang pekerja baru adalah antara USD50-USD80 bergantung kepada jawatan yang ditawarkan. Kos ini adalah kos melepas yang tidak akan dapat diperolehi balik sebab ia dikira sebagai satu bentuk kos pelaburan. Sekiranya kita hire staf yang salah dengan jumlah 5 orang, bayangkan berapa banyak kos yang kita dah bazirkan dan ia merugikan syarikat.

3. Ganggu Perjalanan Bisnes
.
Komitmen kita nak dapatkan staf yang baik memerlukan usaha dan ketekunan yang sering dilihat bisnes owner sebagai suatu proses yang rumit. Bayangkan proses yang rumit ini diulang berkali-kali, hanya kerana kita membawa masuk staf yang salah. Kesannya kita tak dapat nak fokus dan ganggu perjalanan bisnes sedia ada. Sangat merugikan syarikat

Sebab tu penting untuk pastikan proses nak ambil pekerja tu diutamakan bagi elak masalah selepas diambil bekerja. Ingat, membawa masuk staf baru ke dalam syarikat sama sperti membawa masuk orang ke rumah kita. Perlu lebih teliti dan berhari-hati untuk elak masalah lain pulak yang timbul dalam syarikat.

#PakarHR
#HRConsultation

Sumber gambar: google.com

RELATED POST