fbpx

Selamat Berpuasa dari #PakarHR

Alhamdulillah! Bulan mulia yang kita nantikan sudah pun tiba! Dengan izinNya dapat juga kita berpuasa bersama-sama pada Ramadhan kali ini.
.
Tahukah anda mengenai kebaikan kesihatan apabila berpuasa? Jika tidak, teruskan membaca ye!
.
5 Kebaikan Kesihatan Apabila Berpuasa:
.
1. Kawalan Diri
-Dengan berpuasa kita dapat mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuklah nafsu makan, merokok dan lain-lain.
.
2. Kurangkan Berat Badan
-Keperluan kalori seharian kita sukar untuk dipenuhi hanya dengan tiga hidangan (sahur, berbuka, dan makan malam). Oleh itu, kebanyakkan di kalangan kita mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan berat badan masing-masing.
.
3. Ubah Gaya Hidup
-Di bulan yang mulia ini, ia memberikan peluang keemasan kepada kita untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebih-lebihan dan sebagainya.
.
4. Kurangkan Tekanan Darah
-Bulan Ramadhan ini juga sesuai untuk mengurangkan hypertension (tekanan darah tinggi) kerana tahap insulin kita lebih rendah, glukos darah juga lebih konsisten dan juga kurang ‘water retention’.
.
5. Kawal Stres
-Bulan Ramadhan ini juga dapat mengurangkan stres kerana ibadat puasa, tilawah, zikir yang dilebihkan di bulan ini dapat mengalihkan fokus kita daripada perkara duniawi.
.
Jadi marilah kita bersama-sama menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh rasa gembira dan rasa syukur..
.
Selamat Berpuasa Semua!!
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#CutiUmum
#HRJantungBisnes
#Ramadhan2018
#SelamatBerpuasa
#Puasa2018

RELATED POST