fbpx

| HARI KELEPASAN AM: 10 & 11 MEI 2018 |

 

[Hari Kelepasan Am: 10 & 11 Mei 2018]

.
Kenyataan media telah dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, memaklumkan cuti umum bagi 10&11 Mei 2018 dan ini bermaksud tambahan 2 hari Cuti Umum atau Hari Kelepasan Am yang wajib diambil eh majikan di Malaysia.
.
#BOSS (majikan swasta) wajib ambil atau tidak ye?
.
Bagi #BOSS di Semenanjung Malaysia, cuti hari kelepasan am ini WAJIB diambil. Bagi Sabah & Sarawak, kerajaan negeri akan membuat pengumuman selanjutnya, yang biasanya akan menuruti pengumuman cuti yang diisytiharkan Kerajaan Persekutuan.
.
Namun, dalam keadaan pengumuman mengejut seperti ini, majikan boleh menggantikan cuti kelepasan am ini kepada hari lain sekiranya terdapat keutamaan yang tidak membolehlan syarikat bercuti. Bagi tujuan itu, memo dalaman atau pengumuman wajib dikeluarkan segera kepada pekerja sebagai makluman.
.
Bagi kes majikan yang ingin menggantikan cuti ini, #PakarHR cadangkan ialah pada 18 & 19 Mei 2018 iaitu selepas 1 Ramadhan (jangkaan pada 17 Mei 2018).
.
Jika sebaliknya, majikan perlu membuat bayaran gaji 3 kali ganda (mengikut kadar bayaran gaji bagi cuti umum) seperti yang diperuntukkan dalam #AktaKerja1955.
.
Share posting ini, moga ramai dapat manfaatnya ya!
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HariKelepasanAm
#PRU14
#GE14

RELATED POST