fbpx

Hari Pertabalan Agong ( 24 April ): Public Holiday ke?

Wajib ambil cuti ke? Bertalu2 owner bisnes bertanya #PakarHR. Al maklum, bulan April pun dah tiba. Bisnes owner yang tertanya-tanya cuti Hari Pertabalan Agong ni setiap tahun ke ?

Penjelasan:

Cuti ini merupakan cuti yang diisytiharkan pada tempoh masa yang tertentu. Pengisyiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jadi untuk 24 April 2018 tiada cuti untuk Hari Pertabalan Agong.

Rancang cuti team anda supaya tugasan hakiki pekerja tak terganggu & produktiviti syarikat sentiasa superb!

Bantu kami untuk share artikel ini untuk bantu owner bisnes yang lain dapat maklumat terkini ya!

#PakarHR
#HRKonsultan
#HROutsource
#HRWorkshop
#CutiAgong
#Cuti
#24April

RELATED POST