fbpx

1. Calon Rekrut (Recruited Candidate)
– Calon akan menghantar borang permohonan kerja, “Resume” dan segala dokumen kepada organisasi yang dipilih. Borang permohonan akan membantu majikan dapatkan maklumat tentang pemohon kerja dengan cara yang sistematik.
.
.
2. Pra Temuduga (Preliminary Interview)
– Pra temuduga boleh dijalankan melalui telefon atau panggilan video. Ia menjimatkan masa. Biasanya penemuduga akan bertanyakan soalan-soalan berkaitan pengalaman, mengapa ingin memohon jawatan tersebut dan tahap akademi.
.
.
3. Semak Pemohonan Calon (Review of Applications and resumes)
– Selepas Pra Temuduga, panel penemuduga akan semak semula surat permohonan dan juga “resume” calon dan timbangkan informasi yang diberikan pada pra temuduga sama dengan yang tertulis di surat permohonan.
.
.
4. Ujian Pemilihan (Selection Test)
– Ujian ini dilakukan bagi kenalpasti kelakuan dan kemahiran yang tidak boleh dikenalpasti semasa temuduga. Antara ujian yang biasa dijalankan ialah Ujian personaliti dan Ujian Motivasi.
.
.
5. Temuduga Pekerja (Employment Interview)
– Temuduga adalah satu ujian, maka ia adalah satu subjek yang memerlukan pengesahan sebagai langkah lain dalam proses pemilihan.
.
.
6. Pemilihan Dan Keputusan (Selection / Decision)
– Pemilihan yang terbaik dari hasil ujian pemilihan dan skor semasa termuduga. Biasanya calon-calon ahli organisasi baru dipilih lebih dari bilangan yang diperlukan. 
.
.
7. Pemeriksaan Kesihatan (Physical Examination)
– Pemohon dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor untuk tentukan samada berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental atau tidak. Majikan akan simpan rekod kesihatan pemohon.
.
.
8. Pekerja Baru (New Employee)
– Setelah keputusan pemeriksaan kesihatan dikeluarkan, calon-calon ahli organisasi yang baru di berikan Surat Tawaran Pekerjaan sebagai tawaran pekerjaan secara formal.
.
Tips Pakar HR
-Majikan perlu ikut prosuder ini supaya boleh dapat pekerja yang bagus dan berpotensi meningkatkan nama syarikat.
.
Like & Share ya!
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HROutsource
.
Sumber Gambar : Google

RELATED POST