fbpx

| KWSP : PENAMAAN |
.
Penamaan merupakan proses menamakan individu sebagai penama/pentadbir (Wasi) untuk menerima/mentadbir simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia. 
.
Sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP, waris anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan simpanan KWSP anda. 
.
Anda layak membuat penamaan sekiranya :-
1. Anda berumur 18 tahun atau lebih
2. Anda seorang warganegara Malaysia;
ATAU
– Anda seorang Bukan Warganegara Malaysia; 
1. Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
2. Telah mendapat Taraf Pemastautin Tetap (PR)
.
Siapa yang boleh dinamakan?
-Boleh menamakan mana mana ‘orang sebenar’ sebagai penama/pentadbir iaitu merujuk kepada individu, dan bukan organisasi,pertubuhan, badan kebajikan, persatuan dan lain lain.
.
-Melantik wasi/pentadbir di bawah umur 18 tahun mengambil kira penama selaku wasi / pentadbir hanya boleh menjalankan tanggungjawab setelah mencapai umur 18 tahun
.
-Bagi ahli yang beragama Islam bahagian penama kecil tersebut akan terbatal sekiranya penama masih di bawah umur 18 tahun ketika permohonan pengeluaran kematian dibuat oleh penama atau waris.
.
-Dinasihatkan menamakan waris terdekat anda seperti suami, isteri, anak-anak dan ibu / bapa untuk menerima / mentadbir simpanan anda. Penamaan bukan kepada waris berkemungkinan akan mengakibatkan kesulitan kemudian hari seperti bantahan daripada waris.
.
.
Tips pakar HR
-Anda perlu mengambil tahu penamaan KWSP anda supaya wang dan waris anda akan terjamin dan mendapat hak yang ditetapkan.
.
Like & Share
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HROutsource

Sumber : Portal KWSP
Sumber gambar : Google

RELATED POST