fbpx

-Antara kesalahan dan penalti di bawah Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991 
.
1.Seksyen 41(1)
-Kesalahan : Majikan yang gagal mendaftar dengan Lembaga dalam tempoh 7 hari dari tarikh majikan wajib mencarum.
-Penalti : Penjara tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.
.
.
2.Seksyen 41(3)
-Kesalahan : Majikan yang gagal memberitahu Lembaga dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia berhenti bertanggung mencarum.
-Penalti : Penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
.
.
3.Seksyen 42(1)
-Kesalahan : Majikan yang gagal menyedia dan memberikan penyata upah kepada setiap orang pekerjanya.
-Penalti : Penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
.
.
4.Seksyen 43(2)
– Kesalahan : Mana-mana majikan yang gagal membayar caruman kepada Lembaga KWSP bagi pihak mana-mana pekerja.Bayaran caruman hendaklah dibayar pada atau sebelum 15 haribulan berkenaan.
-Penalti : Penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.
.
.
5.Seksyen 47(1)
-Kesalahan : majikan memotong atau cuba memotong daripada upah atau saraan mana-mana pekerja keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada caruman majikan.
-Penalti : Penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
.
.
6.Seksyen 48(3)
– Kesalahan : majikan yang memotong caruman pekerja daripada upah pekerja dan gagal membayar jumlah wang yang dipotong itu atau mana-mana bahagiannya kepada KWSP.
-Penalti : Penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau
kedua-duanya.
.
.
7.Seksyen 59(a)
-Kesalahan : Mana-mana orang yang membuat secara lisan atau bertulis apa-apa pengisytiharaan, penyata, sijil atau dokumen yang TIDAK BENAR atau TIDAK BETUL.
-Penalti : Penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.
.
TIps PakarHR
-Setiap majikan perlu peka dengan kebajikan pekerja terutamanya hal yang melibatkan gaji pekerja supaya tidak mendatangkan sebarang masalah dan tindakan dari pihak berkuasa.
.
Like & Share
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HROutsource
.
Sumber : Portal KWSP
Sumber gambar : Google

RELATED POST