fbpx

Cuti Sukan SEA: Public Holiday ke?

Tahniah untuk kejayaan team Malaysia pada Sukan SEA kali ini. Berita gembira ini ditambah pula dengan cuti umum (Public Holiday) yang diumumkan oleh Perdana Menteri malam tadi.

Wajib ambil cuti ke? Bertalu2 owner bisnes bertanya#PakarHR. Al maklum, hari ini dah Cuti Merdeka (31 Ogos), esok Cuti Aildiladha (1 September) & tiba-tiba ada pengumuman Cuti Umum (4 September) Isnin depan.

Penjelasan:

Cuti ini merupakan ‘Cuti Persekutuan’ yang wajib diambil oleh Semenanjung & Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951. Manakala bagi Sabah & Sarawak, ia diselaraskan mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Apa Pilihan yang Majikan ada?

(a) Umumkan Cuti Umum pada 4 September 2017 (Isnin). 

(b) Sekiranya terdapat keperluan untuk ‘Bekerja’ pada tarikh tersebut, majikan berhak menggantikan pada satu tarikh lain.

(c) atau sekiranya perlu bekerja & majikan memilih 4 September sebagai cuti umum, maka bayaran upah & kerja lebih masa perlu diberi mengikut kadar Cuti Umum iaitu 2 kali upah untuk 8 jam pertama & 3 kali upah untuk kerja lebih masa (overtime).

Kes ini sama seperti pengumuman Cuti Hari Pertabalan Agong pada awal tahun 2017. Maksudnya, Cuti Umum yang WAJIB diambil oleh owner bisnes pada tahun 2017 ialah 13 hari. Berbanding pada tahun 2016 ialah 11 hari sahaja.

September 2017 ini ada banyak Cuti Umum ya! Owner bisnes wajib alert & peka cuti ini iaitu:
1. 1/9: Cuti Hari Raya Aidiladha
2. 4/9: Cuti Umum sempena Sukan SEA
3. 16/9: Cuti Hari Malaysia

Rancang cuti team anda supaya tugasan hakiki pekerja tak terganggu & produktiviti syarikat sentiasa superb!

Bantu kami untuk share artikel ini untuk bantu owner bisnes yang lain dapat maklumat terkini ya!

#PakarHR
#HRKonsultan
#HROutsource
#HRWorkshop

RELATED POST