Program Ziarah Qaseh Ramadhan

Kenangan buat program ziarah bersama team PakarHR & team Momentum Internet baru-baru ini kami abadikan dalam video ni.

Bagi yang ingin menyumbang, boleh memberi sumbangan dengan berhubung di FB Group Fitrah Qaseh, di sana ada maklumat lanjut.

Alhamdulillah, kami rasa seronok dapat membantu dan berkongsi sedikit rasa kegembiraan bersama mereka yang memerlukan. Sayu hati melihat sendiri kedhaifan golongan asnaf ini.

Jom sahabat, kita sama-sama berganding bahu bantu mereka yang memerlukan. Depan mata kami, terbukti Rakyat di Malaysia sendiri ada yang lebih dhaif dari pendatang asing.

Bukan banyak atau sedikit jadi ukuran untuk bantu mereka. Sebaliknya, kesungguhan kita untuk ringankan beban & beri kegembiraan buat mereka.

Bila berada di atas, jangan lupa kepada mereka yang di bawah. Bulan Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita, semoga semua amalan baik diterima olehNya & memperoleh keberkatan. Amin.

.

#ZiarahQasehRamadhan

#PakarHR

#MomentumInternet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *