PakarHR Sdn Bhd

PakarHR Sdn Bhd

PakarHR merupakan syarikat bumiputera yang telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) pada 22 Mei 2017 dengan nombor pendaftaran 1231777-A. Aktiviti perniagaan yang utama adalah perkhidmatan berkenaan sumber manusia dan konsultan untuk usahawan bumiputera yang lain.

PakarHR menyediakan perkhidmatan:

  *   Khidmat nasihat dan perundingan HR

  *   Menyediakan perkhidmatan HR outsources

  *   Menyediakan perkhidmatan sistem HR

  *   Menyediakan latihan dan seminar HR: pemilik bisnes + pekerja

Penubuhan PakarHR adalah berdasarkan kepada keperluan syarikat bumiputera yang lain selain dari berdakwah sesama Islam untuk meningkatkan produktiviti serta kecemerlangan dalam semua aspek agar mampu mencapai kejayaan secara holistik.

VISI

Menjadi nombor SATU di Malaysia, terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan perundingan sumber manusia dan program-program yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia berimpak tinggi menjelang 2020

MISI

  • Menyediakan program yang berimpak tinggi dalam latihan dan perkhidmatan perunding
  • Menyediakan kepakaran intensif dalam membantu sumber manusia terhadap syarikat untuk menjadi lebih cekap, sistematik dan produktif
  • Menyediakan modul latihan terkini dan efisyen untuk membantu “Industri Kecil Sederhana (IKS)” berdaya saing;
  • Menjadi rujukan pertama bagi pihak IKS dan SME mengenai isu-isu berkaitan pengurusan sumber manusia.

 

OBJEKTIF

  • Merangka dan menyelaras Sistem Pengurusan Sumber Manusia bagi memudahkan pentadbiran sumber manusia dalam syarikat.
  • Mewujudkan dan mengukuhkan setiap jabatan-jabatan bagi menjana pengurusan yang cekap dan proaktif.
  • Membangunkan modul-modul, ebook dan buku-buku yang menjadi rujukan utama pihak IKS dan SME dalam talian atau di luar talian.

 

TESTIMONI GEMPAK!!

 

 

“Ilmu HR bukanlah kepakaran saya, tapi ianya kepakaran sahabat saya Tuan Hisham Wahab dan Puan Salwa Azlan. Tanyalah segala isu segala mak nenek berkaitan HR, inshaaAllah anda akan nampak sinar cahaya dihujung permasalahan anda berkaitan HR.”

Coach Ejul, founder of Evolusi Training 

 

 

 

“Anda mahu dapatkan nasihat berkenaan HR, saya sangat anjurkan anda rujuk dua pasangan PakarHR ini, Tuan Hisham Wahab dan Puan Salwa Azlan. Mereka berpengalaman sebagai HR dalam beberapa syarikat besar dan mempunyai kelayakan akademik dalam HR. Memang pakar!!”

Tuan Zaim Zin  

 

 

 

“Perkara paling sukar dalam uruskan syarikat adalah menguruskan manusia. Terima Kasih Tuan Hisham Wahab dan Puan Salwa Azlan atas konsultansi bangunkan Pengurusan Sumber Manusia untuk Empayar Ijmal.”

Tuan Mohd Burhanudin Yusof, pemilik syarikat Empayar Ijmal  

 

 

 

“Sahabat saya, Tuan Hisham Wahab menulis:

TAHNIAH!

Ada kawan bagitau baru-baru ni, dia dah berjaya terminate staf yang ada banyak masalah, lepas dapat nasihat berkaitan HR dengan betul dari #PakarHR.

Kalau tak selama ni asyik kena game je dengan staf, duit petty cash asyik short tiap-tiap bulan, tapi tak tau bayar apa. Bila soal staf, katanya bayar macam-macam, bila bos tanya balik bayar apa, mula lah staf tu tarik muka.

Bila nak buang tak sampai hati sebab tu lah staf yang paling dipercayai, pulak tu banyak tahu rahsia syarikat (dan rahsia bos hahaha).

Lagi satu staf tu pulak jenis yang tahu sikit-sikit pasal Akta dan ada background HR, bila nak buang tu takut la pulak kot-kot nanti kena saman balik, naya!

Bila dah buang staf tu, baru dia perasan yang selama ni almost RM5K sebulan lesap tanpa dikesan! Dan menariknya staf tu dah keja dengan dia hampir dua tahun! Alahai baiknya bos..

Sebab tu dalam urus staf ni, kena dapatkan nasihat yang betul dari orang yang betul. Akta berkaitan pekerja ni bukan setakat lindung pekerja je, tapi jaga hak majikan jugak.

Jadi jangan takut dapatkan nasihat yang betul supaya tak jadi mangsa staf yang panjang akal macam ni. Sedih.

HR adalah isu penting.
Anda ada isu HR? Rujuk sahabat saya yang pakar ini.

“Anda ingat saya tiada member yang pakar dalam HR?”

Tuan Jamil Wahab  

 

 

 

“Puan Salwa Azlan dan Tuan Hisham Wahab memang pakar rujuk HR yang paling tepat untuk dihubungi. Servis mereka memang tidak menghampakan. Kenapa perlu pening kepala fikir tentang akta itu ini jika ada pakar yang sedia memberikan servis?

Usah berfikir-fikir lagi, terus hubungi mereka. Tak dapat? Wasap je, pantas mereka menjawab. InsyaAllah. 

 

Puan Norhayati Daud